FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD)

Fasiliti terlibat:

1. Klinik Kesihatan Taman Ehsan
2. Klinik Kesihatan Gombak Setia
3. Klinik Kesihatan Kuang
4. Klinik Kesihatan Batu Arang

Latar belakang:
Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) merangkumi perkhidmatan perawatan dan rehabilitasi yang disediakan di rumah untuk memastikan kesinambungan penjagaan pesakit yang didiscaj, menyokong keluarga pesakit melalui latihan penjaga dalam aspek jagaan pesakit di rumah dan mengurangkan kemasukan semula pesakit ke hospital menerusi penjagaan kesihatan berkualiti di rumah dan komuniti.

Konsep perkhidmatan:
Perawatan pesakit yang dijalankan di rumah sebagai sambungan dari rawatan hospital. Perawatan ini dijalankan oleh anggota kesihatan yang dilatih. Di samping menjalankan perawatan, anggota kesihatan juga akan memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada penjaga supaya perawatan dan penjagaan dapat diteruskan oleh penjaga selepas tempoh tertentu.

Skop perkhidmatan:

Perawatan
Perkhidmatan perawatan termasuk latihan teknik mencegah berlakunya kudis tekanan, pendidikan mengenai rawatan luka dan penjagaan kebersihan, menukar tiub nasogastrik, kateter urethral, pemeriksaan darah ujian gula darah dan mengambil tekanan darah serta penyediaan sokongan emosi.

Rehabilitasi
Aktiviti rehabilitasi bagi kes yang memerlukan termasuk rehabilitasi pergerakan aktif dan pasif serta latihan activity of daily living (ADL).

Palliative (belum dimulakan di PKD Gombak)

KRITERIA KEMASUKAN PESAKIT KE PPD
a. Pesakit warganegara Malaysia
b. Kes yang dirujuk dari hospital kerajaan/ klinik kesihatan ke perkhidmatan PPD
c. Pesakit mempunyai alamat rumah yang jelas
d. Pesakit mempunyai penjaga yang sesuai
e. Pesakit tinggal dalam kawasan operasi
f. Mendapat kebenaran bertulis dari penjaga

KRITERIA PENJAGA:
a. Penjaga hendaklah dalam keadaan waras dan berupaya.
b. Penjaga perlu memahami dan mematuhi polisi PPD contohnya klinik tidak menyediakan keperluan pakai buang bagi pesakit yang discaj dari PPD.
c. Penjaga perlu ada bersama semasa lawatan PPD ke rumah.
d. Bersedia untuk belajar prosedur penjagaan pesakit mengikut keperluan contohnya Ryles Tube feeding, mencuci luka, penjagaan kudis tekanan dan lain-lain.

KRITERIA DISCAJ DARI PERAWATAN DIRUMAH
a. Maksima perkhidmatan diberikan selama 3 bulan.
b. Kes boleh didiscaj apabila penjaga mampu mengambil alih penjagaan pesakit.
c. Atau mana-mana yang terdahulu.

Cetak Emel