FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Klinik Tele-Primary Care (TPC)

TPC.jpg (750×603)

Pengenalan

TPC (Teleprimary Care) adalah kaedah penyaluran khidmat kesihatan kepada pesakit dan orang ramai dengan menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi melalui perhubungan talian tetap dan telekomunikasi satelit secara ‘enterprise’.

Latarbelakang

Sistem kesihatan di Malaysia telah menyediakan perkhidmatan bagi penduduk luar bandar sejak ia mula di tubuhkan. Beberapa faktor yang berterusan ditangani termasuk meningkatkan akses, memberi perkhidmatan pakar ke sisi pesakit, menyediakan perkhidmatan berterusan, menggalakkan anggota professional berkhidmat di pedalaman. Semua faktor di atas telah dijadikan matlamat kepada pengwujudan sistem TPC.

TPC telah dibangunkan oleh anggota Kementerian Kesihatan yang terdiri daripada Pakar Perubatan Klinikal dan Kesihatan Awam, anggota kesihatan bersekutu, paramedik bersama kontraktor yang telah dilantik. Sistem pengurusan klinik ini tersedia untuk kegunaan di peringkat penjagaan kesihatan primer dan sekunder. Ianya akan membolehkan penjagaan berterusan tanpa sempadan di antara klinik kesihatan dan hospital. Anggota kesihatan akan berupaya mengakses rekod perubatan elektronik pesakit sama ada dari klinik kesihatan mahupun hospital, menjadikan ianya satu sistem enterprise kesihatan.

Fasiliti Terlibat Daerah Gombak

• Klinik Kesihatan Sungai Buloh
• Klinik Kesihatan Taman Ehsan 
• Klinik Kesihatan Selayang Baru

Faedah TPC

Kebaikan kepada pesakit

  1. Pendaftaran pantas dan sekali sahaja mengguna MyKad dan MyKid
  2. Rekod dan maklumat pesakit dapat dikongsi oleh anggota kesihatan di mana pesakit mendapatkan perkhidmatan kesihatan (seamless care) sama ada di perkhidmatan primer atau pun sekunder.
  3. Meningkatkan akses kepada perkhidmatan Pakar bagi pesakit di kawasan pendalaman
  4. Dapat mengurangkan kos dan waktu perjalanan bagi temujanji dan rujukan. Pesanan ujian makmal dan preskripsi dapat dibuat secara jarak jauh.
  5. Meningkatkan keselamatan pesakit melalui penyimpanan rekod yang lebih efisien.

Kebaikan kepada pengguna

  1. Pengurusan pesakit lebih efisien melalui penjanaan rekod perubatan secara real time.   
  2. Perkongsian rekod, maklumat kesihatan dan rawatan membolehkan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berterusan tanpa sempadan.
  3. Rekod kesihatan sepanjang hayat boleh dijana.
  4. Kawalan penyakit berjangkit dapat dijalankan dengan cepat melalui auto-notification.
  5. Careplan membolehkan integrasi kesemua data yang dimasukkan bagi seseorang pesakit dan dapat disimpan ke dalam satu skrin.
  6. Konsulatasi secara dalam talian di antara klinik kesihatan dan hospital serta garispanduan klinikal yang tersedia dalam system TPC membantu mengurangkan jurang digital bagi anggota kesihatan di kawasan pedalaman.
  7. Penjanaan laporan membolehkan pemantauan yang lebih efisien dan analisa situasi kesihatan dibuat.
  8. Pengurusan strategik perkhidmatan kesihatan dapat dibuat apabila semua fasiliti kesihatan di rangkaikan.

Cetak Emel