FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Klinik Methadone

Klinik Methadone Daerah Gombak

Terdapat 3 buah Klinik Kesihatan di Daerah Gombak yang terlibat dengan Program Klinik Methadone ini, iaitu ;

1. Klinik Kesihatan AU 2

2. Klinik Kesihatan Rawang

3. Klinik Kesihatan Taman Ehsan

 

Apakah itu Methadone?

Methadone adalah sejenis rawatan menggunakan ubat bagi menghentikan mengambilan dadah jenis Opiate. Proses rawatan methadone dilakukan di bawah pengawasan dan penyeliaan Pegawai Perubatan secara teratur.

 

Siapakah yang layak mengambil Methadone?

  • Disahkan penagih dadah jenis Opiate seperti Heroin dan Morfin.
  • Disahkan penagih dadah melebihi 2 tahun.
  • Tiada kesan sampingan methadone yang teruk.
  • Tiada masalah perubatan dan mental akut.

 

 Apakah Faedah Daripada Pengambilan Methadone?

  • Mengurangkan risiko mendapat penyakit bawaan darah seperti HIV, Hepatitis B dan Hepatitis C.
  • Menghentikan pengambilan dadah secara suntikan.
  • Mengurangkan tingkah laku berisiko dan jenayah.
  • Mengembalikan penagih kepada keluarga dan masyarakat.
  • Berubah menjadi individu yang lebih baik dan bertanggungjawab.

Cetak Emel