FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Bahagian Promosi & Pendidikan Kesihatan

MISI

education

  • Untuk menanam minat dikalangan masyarakat terhadap kepentingan kesihatan.
  • Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat supaya memeperbaiki taraf kesihatan mereka dan mengambil langkah-langkah pencegahan penyakit.
  • Menetukan arah tingkahlaku dan amalan kesihatan yang diingini dikalangan generasi generasi muda, khususnya murid-murid sekolah.
  • Memperkukuhkan amalan-amalan yang berkaitan kesihatan dengan member input dan nasihat kepada jabatan-jabatan lain yang menjalankan aktiviti secara tidak langsung berkaitan kesihatan.
  • Untuk mementingkan pengawalan-pengawalan penyakit-penyakit yang dirawat di hospital dengan memberi pendidikan pesakit kepada pesakit-pesakit.

VISI

Visi utama pendidkan kesihatan adalah diutamakan kepada pencapaian perubahan sikap dan tabiat untuk tujuan memperbaiki kesihatan individu, keluarga dan masyarakat menerusi usaha-usaha sendiri dan usaha-usaha masyarakat.

OBJEKTIF

  • Objektif utama promosi kesihatan adalah untuk mempertingkatkan taraf kesihatan dan kualiti kehidupan individu, keluarga dan komuniti menerusi aktiviti-aktiviti promosi kesihatan yang komprehensif. Ini boleh dicapai dengan:
    • Mewujudkan satu masyarakat yang menghargai kesihatan.
    • Memperkasa individu, keluarga dan komuniti supaya mereka dapat bertindak terhadap factor-faktor  yang mempengaruhi kesihatan mereka.

STRATEGI

Di dalam melaksanakan dan mencapai aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, strategi yang digunakan member penekanan kepada:

  • Membentuk polisi awam yang sihat.
  • Mewujudkan persekitaran yang sihat.
  • Membentuk kemahiran kesihatan peribadi.
  • Memperkukuhkan tindakan masyarakat.
  • Menyusun semula aktiviti pendidikan kesihatan.

Cetak Emel