FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Pengurusan Aset & Stor

Fungsi Unit Pengurusan Aset dan Stor ialah:

  • notebookMengurus semua urusan aset alih Kerajaan di Ibu Pejabat, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak termasuk semua Klinik Kesihatan dan Klinik Desa selaras di bawah Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2007 meliputi:-
  1. Penerimaan
  2. Pendaftaran
  3. Penggunaan, Penyimpanan dan Pemeriksaan
  4. Penyelenggaraan
  5. Pelupusan
  6. Kehilangan dan Hapus Kira
  • Mengurus urusan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Penerima, Pegawai Pemeriksa, Lembaga Pemeriksa Pelupusan, Jawatankuasa Penyiasat dan wakil aset di Ibu Pejabat, Klinik Kesihatan dan Klinik Desa.
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) peringkat Pejabat Kesihatan Daerah Gombak setiap suku tahun (3 bulan sekali).
  • Menyelaras penyediaan dan penghantaran laporan Aset setiap suku tahun ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor meliputi:-
  1. Laporan Harta Modal dan Inventori;
  2. Laporan Pemeriksaan Harta Modal dan Inventori;
  3. Laporan Pelupusan Aset Alih Kerajaan; dan
  4. Laporan Tindakan Surcaj/Tatatertib.
  • Memantau urusan stor selaras di bawah Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 meliputi:-
  1. Penerimaan
  2. Merekod Stok
  3. Penyimpanan
  4. Pengeluaran
  5. Pemeriksaan
  6. Keselamatan dan Kebersihan
  7. Pelupusan
  8. Kehilangan dan Hapus Kira
  • Memantau pengurusan pelantikan Pegawai Stor, Penerima Stok, Pengeluar Stok, Pemeriksa Stok dan Pemverifikasi Stor
  • Memantaupenyediaan Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor untuk dibentang dalam Mesyuarat JKPAK.
  • Memantau penyediaan dan penghantaran laporan tahunan ke Jabatan Kesihatan Negeri Selangor meliputi:-
  1. Laporan Kedudukan Stor (KEW.PS-13);
  2. Laporan Pemeriksaan/Verifikasi Stok (KEW.PS-14);
  3. Laporan Tahunan Keseluruhan Pengurusan Stor (KEW.PS-15);
  4. Laporan Tahunan Verifikasi Stok (KEW.PS-16);
  5. Laporan Tahunan Pelupusan Stok (KEW.PS-20); dan
  6. Laporan Tahunan Kehilangan dan Hapus Kira Stok (KEW.PS-22).

Cetak Emel