FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Bahagian Pemakanan

VISI
Menjadi peneraju utama pemakanan ke arah pembangunan generasi yang sihat.

MISI
Untuk mencapai tahap kesejahteraan pemakanan penduduk di daerah Gombak, Unit Pemakanan akan:
• Membangun dan melaksanakan program pemakanan yang berkesan kepada individu, kumpulan dan masyarakat.
• Mempertingkatkan kerjasama antara agensi dalam melaksanakan aktiviti pemakanan.
• Menggalakkan penglibatan aktif masyarakat

OBJEKTIF

Objektif Unit Pemakanan adalah untuk:
• Menilai dan memantau taraf pemakanan masyarakat.
• Mempromosi amalan pemakanan sihat di kalangan masyarakat.
• Mencegah dan mengawal masalah pemakanan yang berkaitan dengan kekurangan dan berlebihan pengambilan zat makanan.

PROGRAM PEMAKANAN

• Promosi pemakanan
• Pemulihan pemakanan
• Pengawasan pemakanan

PROMOSI PEMAKANAN

1. Klinik Rakan Bayi
2. Pemakanan Bayi Dan Kanak-Kanak Kecil
3. Promosi Penyusuan Susu Ibu
4. Tataetika Pemasaran Makanan Bayi Dan Produk Berkaitan
5. Bersih Selamat Sihat (Bess)
6. Kafeteria Sihat
7. Promosi Pemakanan Sihat Di Pasaraya
8. Penyajian Hidangan Sihat Semasa Mesyuarat (PHSSM)
9. Pemantauan Penjualan Makanan dan Minuman di Kantin Sekolah


PEMULIHAN PEMAKANAN

1. Perkhidmatan runding cara pemakanan di klinik kesihatan dan desa
2. Program pemulihan kanak-kanak KZM
3. Program makanan tambahan susu tepung penuh krim
4. Program PDK ku sihat

PENGAWASAN PEMAKANAN

Menyediakan satu sistem pengawasan pemakanan yang berkesan dan mantap dalam mengawasi taraf pemakanan penduduk bagi membantu pembentukan dan penilaian semula program-program pemakanan.
Antara aktiviti yang dijalankan:

• Menyemak kualiti reten pemakanan yang dikumpul di peringkat klinik

Reten pemakanan yang dipantau melalui Sistem Pengawasan Pemakanan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan (E- Reporting HMIS):
• Taraf Pemakanan Kanak-kanak Bawah Lima Tahun.
• Pencapaian Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan
• Pengedaran Susu Tepung Penuh Krim

Reten berkaitan pemakanan di Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga yang dipantau bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan:
• Status Pemakanan Murid Sekolah
• Status Pemakanan Remaja
• Tahap Hemoglobin di kalangan Ibu Antenatal yang hadir ke klinik kesihatan pada 36 minggu kehamilan.

Reten pemakanan yang dipantau bukan di bawah Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan.
• Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 4 Bulan.
• Amalan Penyusuan Susu Ibu Bayi Berumur 6 Bulan.
• Amalan Pengenalan Makanan Pelengkap Bagi Bayi Berumur 8 Hingga < 10 Bulan.

Cetak Emel