FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan

kualiti makanan

MISI

Memastikan makanan yang dibekalkan kepada pengguna adalah selamat dan berkualiti serta melindungi pengguna daripada penipuan terhadap makanan yang dimakan dan dibeli oleh mereka.

VISI

Memastikan keselamatan makanan dan mempertingkatkan integrity Negara dalam keselamatan dan kualiti makanan melalui tanggungjawab dan akuantabiliti bersama berasaskan system pengurusan “tripartite” yang berkesan kea rah wawasan 2020.

OBJEKTIF UNIT

AM

Memastikan makanan dan minuman adalah selamat dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan didalam akta makanan 1983 dan peraturan-peraturan makanan 1985.

SPESIFIK

  1. Memastikan makanan yang dijual dalam Negara mematuhi piawaian yang ditetapkan dan diperolehi oleh pengguna dalam keadaan yang bebas dari kontaminasi, penyingkiran atau penambahan atau tidak diperlukan.
  2. Memastikan dan meningkatkan taraf kebersihan makanan serta sanitasi premis makanan diseluruh Negara.
  3. Memastikan pengendali makanan mengamalkan tabiat dan tatacara pengendalain makanan yang sanitasi.
  4. Menggalakkan cara-cara penyediaan dan pemprosesan makanan yang sanitasi di seluruh Negara.
  5. Memastikan makanan yang dieksport mematuhi piawaian kebersihan dan sanitasi yang spesifik dan melindungi serta menggalakkan industry makanan yang berkembang sehingga ke luar Negara.
  6. Memastikan makanan yang diimport mematuhi kehendak makanan Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan 1985.
  7. Memastikan iklan-iklan makanan tidak mengelirukan para pengguna.

 AKTIVITI

  1. Menjalankan pemeriksaan keatas mana-mana premis makanan mengikut kualitu yang telah ditetapkan dalam pelan tindakan.
  2. Menjalankan operasi penutupan premis.
  3. Membuat persampelan makanan di mana-mana premis makanan mengikut kuantiti seperti dalam pelan tindakan.
  4. Menjalankan operasi rampasan makanan / lak / sita.
  5. Urusan pengeluaran Sijil kesihatan bagi makanan untuk dieksport.
  6. Menjalankan siasatan ke atas kes-kes keracunan.
  7. Memantau dan merancang perlaksanaan Program KENDIRI di sekolah, PLKN dan R & R.
  8. Menjalankan pemeriksaan kilang dan persampelan kilang ais dan air minuman berbungkus (AMB)
  9. Menjalankan siasatan ke atas aduan berkaitan makanan yang dilaporkan.
  10. Menahan konsaimen bermasalh yang diimport kedalam Negara atau “Undertaking”

Cetak Emel