FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Vektor

Unit ini membantu dalam pencegahan dan kawalan kejadian penyakit bawaan vektor  (seperti Denggi, Malaria, Zika, Chikugunya dsb ) agar tidak menjadi masalah kepada kesihatan awam.

Anggota yang bertugas di unit ini akan menjalankan siasatan bagi setiap notifikasi kes yang diterima. Ini adalah untuk mengetahui punca jangkitan serta untuk melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan bagi memastikan tiada penularan penyakit.

Aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan adalah seperti:

  • Pemeriksaaan premis untuk pembiakan jentik-jentik
  • Semburan asap ( fogging) untuk membunuh nyamuk dewasa
  • Larvaciding ( untuk membunuh jentik-jentik )
  • Edaran Abate ( ubat jentik-jentik ) kepada masyarakat setempat
  • Penguatkuasaan

Selain itu, unit ini juga menjalankan pemantauan ( surveilans ), menganalisa maklumat dan terlibat dalam aktiviti pendidikan, promosi kesihatan.

Di samping  itu, unit ini bersama Unit Promosi Kesihatan Daerah bekerjasama untuk meningkatkan penglibatan masyarakat am dalam aktiviti COMBI (iaitu Communication for Behavioural Impact).

       

Cetak Emel