FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Inspektorat Dan Perundangan (UIP)

PENGENALAN

Unit Inspektorat & Perundangan (UIP) ditubuhkan pada tahun 2008 menurut arahan Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Pekeliling Kesihatan Awam Bilangan 1/2004, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui surat bilangan (2) KKM -196 (55/1) SK.1 Bhg.3 bertarikh 11 Februari 2004.

Penubuhan Unit Inspektorat dan Perundangan adalah untuk mewujudkan satu struktur yang teratur dan mantap yang mampu menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan dan pendakwaan dibawah undang-undang kesihatan awam dengan lebih profesional serta mempertingkatkan kualiti dan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan undang-undang kesihatan awam.

OBJEKTIF UIP
Unit Inspektorat dan Perundangan Daerah akan menjalankan aktiviti penguatkuasaan serta mengambil tindakan ke atas semua perlanggaran di bawah Akta Makanan 1983 Dan Peraturan Makanan 1985, Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 ,Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 dan Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UIP

Unit Pendakwaan
1. Menjalankan pendakwaan terhadap kes- kes AM 1983, APSPP 1975, PPKHT 2004 dan APPPB 1988 di mahkamah. (SEBUTAN/FREE TRIAL/PERBICARAAN)
2. Memastikan Fail siasatan lengkap.
3. Memastikan semua dokumen dan eksibit dibawa ke mahkamah.
4. Penyediaan saksi dan mock trial.
5. Bertanggungjawab dalam mengumpul dan menyediakan reten bulanan aktiviti pendakwaan setiap bulan.

Cetak Emel