FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Kawalan Mutu Air Minuman (KMAM)

FUNGSI

Melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) di daerah untuk meningkatkan taraf kesihatan orang ramai dengan memastikan air minum yang dibekalkan adalah selamat dan diterima oleh pengguna.

AKTIVITI-AKTIVITI UNIT KAWALAN MUTU AIR MINUM DI DAERAH

• Merancang aktiviti-aktiviti di bawah program Kawalan Mutu Air Minum (KMAM) di daerah, termasuk perancangan perbelanjaan peruntukan dan penyenggaraan peralatan ujian mutu air.
• Menjalankan analisis dan penilaian ke atas data dan maklumat yang diperolehi dari aktiviti pengawasan mutu air minum.
• Menjalankan penyiasatan masalah mutu air minum dan mencadangkan syor-syor kepada pihak pembekal air awam/persendirian untuk mengatasi atau mengurangkan masalah mutu air minum
• Menjalankan penyiasatan ke atas aduan orang awam serta melaksanakan aktiviti penyelidikan.
• Menyediakan laporan bulanan dan laporan-laporan lain berkenaan aktiviti-aktiviti di bawah program KMAM untuk dikemukakan ke Jabatan Kesihatan Negeri.

PERSAMPELAN AIR RUTIN

• Terdapat 9 buah Loji Rawatan Air yang di pantau oleh Unit KMAM Gombak iaitu :
     • Loji Rawatan Air Sg Batu
     • Loji Rawatan Air Sg Gombak
     • Loji Rawatan Air Sg Kepong
     • Loji Rawatan Air Sg Rumput
     • Loji Rawatan Air Sg Rangkap
     • Loji Rawatan Air Ampang Intake
     • Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 1&2
     • Loji Rawatan Air Sg Selangor Fasa 3
     • Loji Rawatan Air Sg Rasa

KAJIAN KEBERSIHAN

• TADAHAN
• LOJI RAWATAN AIR
• AGIHAN

PEMANTAUAN KUALITI AIR DI HOSPITAL KERAJAAN

• HOSPITAL SELAYANG
• HOSPITAL SG BULOH
• HOSPITAL ORANG ASLI

Cetak Emel