FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit HIV / Aids

MISI DAN VISI

syringe 417786 180

Unit AIDS / STD Pejabat Kesihatan Daerah Gombak adalah komited untuk memantau dan memastikan perlaksanaan program pencegahan dan kawalan AIDS / STD Kementerian Kesihatan Malaysia adalah berkesan dalam usaha mencegah dan mengawal penularan HIV / AIDS dan memastikan  HIV / AIDS yang dikesan mendapat penjagaan, kaunseling dan rawatan yang sewajar khususnya di daerah Gombak.

OBJEKTIF

  1. Mencegah jangkitan HIV / STI dan mengawal penularannya.
  2. Mengurangkan morbidity dikalangan mereka yang dijangkiti.
  3. Menggerakkan sumber-sumber yang ada dalam membanteras penularan jangkitan HIV / STI.
  4. Mengujudkan kerjasama dan kolaborasi pelbagai agensi tempatan dalam melaksanakan program pencegahan dan kawalan penyakit AIDS / STD.

STRATEGI UMUM

  1. Promosi nilai-nilai murni serta amalan cara hidup sihat melalui program pendidikan AIDS / STD yang berkesan.
  2. Pemantaun situasi melalui program surveilan HIVSTI
  3. Pengesanan awal jangkitan dan pencegahan penularan HIV melalui perkhidmatan saringan HIV.
  4. Program Pengurangan kemudaratan (Harm Reduction) kepada golongan berisiko tinggi seperti penagih dadah secara suntikan serta mereka yang terlibat dengan aktiviti seks yang berisiko tinggi.
  5. Pengukuhan perkhidmatan kesihatan / perubatan seperti penjagaan, kaunseling dan rawatan di pelbagai peringkat jagaan kesihatan seperti diperingkat jagaan kesihatan primer dan hospital.
  6. Pelan Strategik Kebangsaan HIV / AIDS 2006 – 2010 / National Strategic Plan (NSP) di bawah Rancangan Malaysia Ke- 9.

Mempunyai 6 Strategi utama

  1. Memperkukuhkan Kepimpinan dan Advokasi
  2. Latihan dan modal insane
  3. Mengurangkan HIV ‘vulnerabiliti’ dikalangan penagih secara suntikan (IDUs) dan pasangan mereka.
  4. Mengurangkan HIV ‘vulnerabiliti’ di kalangan wanita, golongan muda dan kanak-kanak
  5. Mengurangkan HIV ‘vulnerabiliti’ di kalangan golongan terpinggir dan ‘vulnerable
  6. Mempertingkatkan mudah capai kepada aktiviti Pencegahan, Rawatan, Penjagaan dan Sokongan.

Matlamat NSP:

  1. Menghalang transmisi HIV
  2. Mengurangkan morbidity dan kematian berkaitan HIV / AIDS
  3. Mengurangkan impak HIV / AIDS ke atas individu, keluarga, komuniti dan Negara.

AKTIVITI PROGRAM PENCEGAHAN DAN KAWALAN HIV / AIDS

Penyebaran informasi berkaitan HIV / AIDS / STD melalui bahan pendidikan dan komunikasi berkesan melibatkan:

  • Edaran risalah, poster serta bahan pendidikan yang lain.
  • Pameran static atau bergerak
  • Seminar,konferen dan mesyuarat
  • Mengadakan Hari AIDS sedunia
  • Menjalankan Program Remaja Sihat Tanpa AIDS (PROSTAR) di sekolah-sekolah dan PLKN

Aktiviti Surveilans melibatkan pengumpulan data berterusan dan sistematik melalui:

  •  Notifikasi kes mengikut Akta kawalan Penyakit berjangkit 1988
  • Penyiasatan kes (NAR-SIASATAN-2008)
  • Pendaftaran kes (National Disease Burden)
  • Pengesanan Kontak / Partner notification

Aktiviti-aktiviti pencegahan penularan dan pengesanan kes. Menjalankan saringan HIV melibatkan:

  • Penderma darah / organ
  • Blood dependents patient
  • Penerima organ / tisu
  • Pekerja-pekerja asing
  • Pesakit STD
  • Pesakit TIBI
  • Pelatih Pusat Pemulihan Dadah (PUSPEN)
  • Banduan-banduan di penjara terutamanya “yang berisiko tinggi”
  • Pekerja –pekerja seks secara “direct” atau “indirect”
  • Orang awam yang berisiko tinggi melalui saringan HIV sukarela / Tanpa Nama
  • Ibu mengandung (PMTCT)
  • Kontak kepada mereka yang HIV positif
  • Bakal pengantin melalui Saringan HIV Pra Perkahwinan (Pre Marital Screening)
  • Klien Program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction) – Program pertukaran jarum suntikan dadah (NSEP), metadon dan kondom.

Saringan HIV bertujuan untuk membolehkan :

  • Mereka yang belum lagi dijangkiti kekal tidak tidak dijangkiti dengan mengambil langkah-langkah pencegahan tertentu.
  • Mereka yang telah dijangkiti diberi penjagaan perubatan dan khidmat kaunseling yang sewajarnya untuk meneruskan hidup secara positif.

Pengurusan kes HIV positif dijalankan di klinik kesihatan dan hospital yang melibatkan aktiviti:

  • Pengesanan jangkitan dikalangan kontak (HIV Testing)
  • Kaunseling (pre & post-test counseling)
  • Pemantauan keatas jangkitan (Assessment & monitoring of Disease Progression)
  • Rawatan ke atas jangkitan Oputunistik (Management of Opportunistic Infection)
  • Memberikan ubat Antiretroviral kepada yang layak (Highly Active Anti Retroviral Therapy)
  • Kaunselingan sokongan dan rujukan
  • Kaunseling HIV
  • Pengurusan kes HIV diperingkat penjagaan kesihatan primer / hospital
  • Modified Syndromic Approach (MSA) di peringkat jagaan kesihatan primer
  • Rawatan susulan (Follow-up)
  • Penjagaan dan sokongan
  • Kaunseling kepada mereka dijangkiti dan terdedah dengan HIV / AIDS
  • Aktiviti temuseru (Out-reach)
  • Kerjasama Inter-agensi dalam menangani HIV / AIDS
  • Antara-antara kementerian – kementerian (inter-ministerial)
  • Universities
  • Sektor swasta (Private sectors)
  • NGOs
  • Regional (ASEAN / ASEM)
  • International

Cetak Emel