FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC)

Unit ini membantu dalam pencegahan dan kawalan kejadian penyakit berjangkit agar tidak menjadi masalah kepada kesihatan awam.

Beberapa contoh penyakit berjangkit adalah:

  • Measles (Campak)
  • Pertussis ( Batuk Kokol)
  • Diftheria
  • Chicken pox ( Cacar )
  • Leptospirosis ( Kencing Tikus)
  • TB
  • Hand Foot and Mouth Disease ( HFMD )
  • Keracunan Makanan
  • Tifoid ( Kepialu)
  • HIV
  • Sifilis
  • Kusta

Anggota yang bertugas di unit ini akan menjalankan siasatan bagi setiap notifikasi kes yang diterima. Ini adalah untuk mengetahui punca jangkitan serta untuk melaksanakan tindakan kawalan dan pencegahan bagi memastikan tiada penularan penyakit. Tindakan kawalan dan pencegahan adalah seperti penutupan premis, aktiviti pembasmian kuman, persampelan makanan, carian kontek dan Active Case Detection.

Selain itu, unit ini juga menjalankan pemantauan ( surveilans ) semua penyakit berjangkit, menganalisa maklumat dan terlibat dalam aktiviti pendidikan dan promosi kesihatan.

Cetak Emel