FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling (BAKAS)

PENDAHULUAN

• Tahun 1968 menunjukkan bahawa keadaan liputan bekalan air sangat rendah, di mana hanya 3.6% penduduk mendapat bekalan air berpaip dan 85.3% mendapat bekalan air daripada telaga tidak terkawal.
• Pada tahun 1978, satu wabak kolera besar telah berlaku di mana 1536 kes dan 62 kematian telah dilaporkan.
• Kementerian Kesihatan melalui Cawangan Kejuruteraan pada tahun 1968 telah memulakan sebuah projek perintis, dan seterusnya pada tahun 1973 Rural Environmental Sanitation Program (RESP) atau Program Kebersihan Persekitaran Luar Bandar yang kemudian dikenali sebagai BAKAS (Bekalan Air & Kebersihan Alam Sekeliling) telah diterima sebagai program kebangsaan dalam Rancangan Malaysia ke 2.

OBJEKTIF UMUM
Objektif utama program BAKAS yang dilaksanakan oleh KKM adalah untuk mencegah serta mengawal kejadian penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan najis seperti taun, kepialu, cirit birit, disentri dan hepatitis A di kalangan penduduk luar bandar dengan cara mempertingkatkan kebersihan alam sekeliling dan mutu bekalan air melalui penyediaan kemudahan asas bekalan air bersih dan sistem sanitasi yang sempurna.

OBJEKTIF KHUSUS
• Untuk mengurangkan kejadian penyakit-penyakit berjangkit bawaan air dan makanan termasuk serangan penyakit cacing
• Untuk mendapat penyertaan maksima daripada penduduk bagi memperbaiki kebersihan alam sekeliling supaya mendapat faedah maksima daripada persekitaran yang telah diperbaiki, memperkenalkan kemudahan-kemudahan kesihatan, mengurangkan kos dan menentukan penyelenggaraan dan operasi kebersihan diteruskan pada masa hadapan
• Untuk mendidik kanak-kanak menggunakan kemudahan kesihatan
• Memastikan setiap buah rumah di seluruh negeri mempunyai dan menggunakan tandas sempurna
• Membekalkan bekalan air yang selamat dan mencukupi kepada masyarakat serta memastikan bekalan air yang dibekalkan oleh pihak berkuasa adalah mencukupi dan selamat
• Memastikan setiap buah rumah mengadakan sistem pembuangan air limbah dan sampah sarap yang teratur dan kebersihan rumah dan sekeliling yang memuaskan supaya dapat menghapuskan haiwan yang membawa penyakit seperti nyamuk, lalat, tikus, lipas dan sebagainya
• Memastikan rumah di seluruh negeri mengamalkan tabiat menjaga kebersihan alam sekeliling dengan sempurna.

PROGRAM BAKAS
• KEMUDAHAN BEKALAN AIR MASYARAKAT
• KEMUDAHAN SANITASI

KEMUDAHAN AIR MASYARAKAT
- Kemudahan Bekalan Air Masyarakat (BAM)
   • Sistem bekalan air graviti (GFS)
   • Sistem telaga sambungan ke rumah (TTSR)
   • Sistem telaga terkawal (TT)
   • Sistem tadahan air hujan (STAH)
   • Sambungan paip PBA/KKM (PBA – Pihak Berkuasa Air)
   • Sistem rawatan air

KEMUDAHAN SANITASI
• Sistem tandas sanitari
• Sistem pelupusan air limbah (SPAL)
• Sistem pelupusan sisa pepejal (SPSP)

AKTIVITI-AKTIVITI PROGRAM BAKAS

Pembinaan Projek Baru – Projek yang dibina untuk rumah-rumah yang masih belum mempunyai akses kepada kemudahan dan rumah-rumah baru yang wujud kerana pertambahan penduduk dari semasa ke semasa. Ini adalah bertujuan untuk mendapatkan liputan penuh serta mengekalkannya
Subsidi Kedua – Dilaksanakan berasaskan keperluan untuk menjamin sistem yang telah disediakan digunakan secara berterusan bagi golongan masyarakat yang masih bergantung sepenuhnya pada sistem tersebut serta kurang kemampuan untuk memperbaiki atau menggantikannya sendiri
Penyelenggaraan – Walaupun pada hakikatnya penyelenggaraan perlu dibuat oleh masyarakat itu sendiri, namun jika ianya melibatkan kos yang tinggi, maka bantuan harus juga diberi demi untuk memastikan sistem dapat berfungsi dengan baik dan dapat digunakan sepenuhnya
Projek Gantian – Dilakukan apabila sesuatu sistem sudah rosak teruk akibat sesuatu keadaan atau bencana atau sudah digunakan sepenuhnya atau tidak sesuai lagi digunakan masa kini maka ianya perlulah kepada sistem kemudahan yang wajar diganti baru
Projek Ubahsuai/Naik-Taraf/Tambahan – Biasanya tertumpu kepada sistem bekalan air luar bandar di mana ianya perlu dinaiktarafkan atau dibuat tambahan terhadap sistem sedia ada bergantung kepada keadaan serta kehendak-kehendak situasi semasa
Pengawalan Mutu Air Minum Luar Bandar – Tujuan utamanya ialah untuk membuat risiko penilaian terhadap mutu air projek-projek air KKM di luar bandar. Ini termasuk membuat kajian kebersihan dan persampelan serta penganalisaan mutu air yang dibekalkan
Pengemaskinian Data Asas – Pembentukan sistem kawalan alam sekitar dengan menggunakan data asas yang tepat, terperinci dan terkini. Status maklumat ini perlu dibangunkan di peringkat mukim, daerah dan negeri. Mengemaskini data-data asas status alam sekitar menggunakan format data asas sediaada meliputi semua premis/aktiviti yang berada dalam kawasan operasi masing-masing

KAWASAN OPERASI

DEFINISI

• Kawasan operasi adalah kawasan luar bandar yang terdiri daripada kawasan projek dan kawasan tugas.
• Kawasan projek ia adalah dikategorikan sebagai kampung tradisi, kampung moden atau tersusun, kampung orang asli, kawasan bagan dan pecahan ladang

KATEGORI KAMPUNG
- Kampung Tradisional
    • Kampung tradisional adalah kampung yang wujud sebelum program BAKAS dimulakan lagi. Kampung tradisional mempunyai ciri-ciri pembangunan yang luas dan rumah-rumah dibina tidak tertakluk kepada perancangan pembangunan tertentu di bawah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD)

Cetak Emel