FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

  • Laman Utama
  • Bahagian
  • Column 3
  • Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK)
  • Unit Rehabilitasi (Fisio & OT)

Unit Rehabilitasi (Fisio & OT)

• Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi di Kesihatan Awam melibatkan perkhidmatan kepada klien di peringkat Klinik Kesihatan dan komuniti.
• Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Kepada Klien di Klinik Kesihatan:
   • Memberi Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi kepada klien yang dirujuk seperti:
       • Klien dari klinik kesihatan / hospital
       • Warga sihat ( contoh: Ibu hamil, Remaja, Dewasa, Murid sekolah)
       • Kesihatan mental
       • Kanak-kanak
       • Warga Emas
       • Kanak-Kanak Berkeperluan khas
       • Orang Kelainan Upaya ( OKU)

Objektif

Untuk mencapai tahap kefungsian klien yang optima melalui perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi di peringkat penjagaan Kesihatan Primer

Fisioterapi

Fisioterapi ialah pemulihan kefungsian dan memberi penekanan kepada aspek penjagaan kesihatan yang berkaitan dengan penilaian, pengendalian dan pemulihan fungsi fizikal dan pergerakan tubuh manusia.

Ahli fisioterapi akan membantu pesakit untuk mengembalikan dan memastikan setiap fungsi fizikal pesakit berada pada tahap yang tinggi dan dapat difungsikan dengan sebaik mungkin.

Rawatan fisioterapi yang terdapat di klinik kesihatan :
1. Elektroterapi(ultrasound, interferential terapi, wax therapy, TENS)
2. Manual therapy
3. Therapeutic exercise

Antara kondisi pesakit yang dirawat di unit fisioterapi klinik kesihatan adalah:
1. Neurulogi (stroke)
2. muskuloskeletal (frozen shoulder, osteoarthritis, trigger finger, CTS, back pain)
3. Obesity

Cetak Emel