FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Kesihatan Primer

PENGENALAN

Unit Kesihatan Primer adalah salah satu unit di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Unit Kesihatan Primer bersama Unit Kesihatan Keluarga merupakan nadi pekhidmatan kesihatan awam di peringkat primer bagi negara ini.

Perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua peringkat umur mulai lahir hingga ke akhir hayat melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam.


OBJEKTIF AM

Untuk meningkatkan dan mengekalkan kesihatan individu, keluarga dan komuniti di tahap optima melalui Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Primer


OBJEKTIF KHUSUS

Untuk memastikan perkhidmatan penjagaan primer sebagai teraju utama dalam menyediakan perkhidmatan kesihatan pada “first point contact” melalui:

 Perkhidmatan Pencegahan (preventif)
 Perkhidmatan Promosi (promotif)
 Perkhidmatan Perawatan (kuratif)
 Perkhidmatan Pemulihan (rehabilitatif)


SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan terdiri dari empat komponen implementasi iaitu “wellness (kesihatan), illness (penyakit,) support (sokongan klinikal dan informatik kesihatan) dan emergency (kecemasan)” (WISE)

Wellness
• Promosi dan Pendidikan Kesihatan
• Saringan Kesihatan Warga Sihat menggunakan Borang Saringan Status Kesihatan (BSSK)
• Perkhidmatan Pemeriksaan Sendiri “Self Monitoring” status kesihatan – Body mass index (BMI), Tekanan Darah (BP), Status Merokok & pengambilan alkohol dan ukurlilit pinggang

Illness
• Perkhidmatan Pesakit Luar meliputi Pemeriksaan Kesihatan & Perawatan / Konsultasi / Kaunseling oleh Pakar/ Pegawai Perubatan dan anggota Paramedik

Support
• Perkhidmatan Sokongan Klinikal di Klinik Kesihatan
   - Perkhidmatan Makmal Perubatan
   - Perkhidmatan Radiologi
   - Perkhidmatan Farmasi
   - Perkhidmatan Rehabilitasi
   - Perkhidmatan Kaunseling Pemakanan

Emergency
• Perkhidmatan Kecemasan termasuk perkhidmatan ambulan & ‘pre hospital care

Kesemua jenis perkhidmatan diberi melalui pelbagai fasiliti kesihatan samada fasiliti statik yang berjumlah 19 klinik (10 Klinik Kesihatan, 4 Klinik Desa, 5 Klinik 1 Malaysia) atau melalui perkhidmatan bergerak yang diberikan oleh Pasukan Asas Klinik Bergerak dan pasukan yang dikenalpasti dari Klinik Kesihatan ke 5 lokaliti penempatan Orang Asli:

   -  Kg OA Ulu Kuang
   -  Kg OA Sg Buloh
   -  Kg OA Ulu Kemensah
   -  Kg OA Bukit Lagong
   -  Kg OA Ulu Batu

Sehingga kini jumlah kedatangan yang di lihat oleh fasiliti-fasiliti tersebut telah melebihi 1 juta setahun.

3 fasiliti kesihatan di dalam Daerah Gombak dilengkapi dengan aplikasi Sistem Teleprimary Care (TPC) dan sedang berusaha ke arah paperless clinic.
Klinik terlibat adalah:
• KK Sungai Buloh
• KK Taman Ehsan
• KK Selayang Baru

Cetak Emel