FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

  • Laman Utama
  • Bahagian
  • Column 3
  • Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga (BPKK)
  • Unit Pasukan Kesihatan Sekolah & Remaja

Unit Pasukan Kesihatan Sekolah & Remaja

PENGENALAN

• 1967 - Rancangan Kesihatan Sekolah(RKS) bermula
• 1975 - Pasukan Kesihatan Sekolah ditubuhkan bagi membolehkan lawatan dibuat ke sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia
• 1996 - Program Bersepadu Sekolah Sihat(PBSS)
   - Menyatupadu &menyelaras semua aktiviti berkaitan kesihatan sekolah
   - Untuk melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.

OBJEKTIF
• Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang taraf kesihatan diri sendiri
• Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan seseorang pada jangka masa tertentu.
• Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah
• Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk pemulihan
• Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang efektif.
• Mengawal penyakit yang berjangkit.
• Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan Rawatan Kecemasan kepada kanak- kanak ketika di sekolah.
• Memberikan perhatian kepada kanak- kanak yang lebih memerlukan rawatan kesihatan dan penyeliaan khas.

FUNGSI
1. Merancang & melaksana aktiviti-aktiviti yang bersesuaian.
2. Berkerjasama dengan unit-unit lain di PKD
3. Membantu sekolah mengaplikasikan konsep PBSS
4. Promosi kesihatan
5. Saringan kesihatan remaja (BSSK) ke atas 5% murid thn 6& ting 3
6. Pemeriksaan & penilaian kesihatan murid
7. Pemberian imunisasi ikut jadual imunisasi KKM
8. Menganalisa & memantau liputan imunisasi & kejadian AEFI
9. Memberi rawatan & khidmat nasihat .
10. Merujuk murid bermasalah kepada pakar atau agensi-agensi tertentu
11. Menguruskan rekod & reten – bulanan /tahunan
12. Menganalisa kejadian morbiditi dalam kawasan operasi
13. Memberi latihan kepada anggota
14. Memberi latihan berkenann peranan guru dalam perkhidmatan sekolah

KEANGGOTAAN
• Pegawai Perubatan & Kesihatan
• Ketua Jururawat Kesihatan/Penyelia Jururawat Kesihatan
• Jururawat Kesihatan/Penolong Pegawai perubatan U29/U32
• Jururawat masyarakat
• Penolong Perawatan Kesihatan/ Pembantu Am Rendah
• Pemandu Kenderaan bermotor

SKOP PERKHIDMATAN
• Penilaian Tahap Kesihatan Murid:
   - Pra-Sekolaj,Tahun 1 & 6, Tingkatan 1 & 3
• Perkhidmatan Imunisasi Kesihatan
   - Tahun 1: OPV, DA, Measle, BCG(tiada parut)
• Pendidikan Kesihatan
• Program Kepastian Kualiti
   - Ketajaman penglihatan Murid Tahun 1(Vision Defect >=6/12)
• Saringan Scoliosis Murid Tahun 6
• Program Doktor Muda ( Di Bawah Unit Promosi)
• Program Pengesanan Murid Bermasalah Pembelajaran Di Bawah Program LINUS Kerjasama PPD
• Promosi Saringan Thalasemia (Tingkatan 4)
• Program Saringan Status Immunisasi Tahun 4 (2016-2019)


SENARAI SEKOLAH

UNIT PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH RAWANG

UPS Rawang Update 2016

UNIT PASUKAN KESIHATAN SEKOLAH TAMAN EHSAN

UPS Taman Ehsan Update 2016

Cetak Emel