FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Unit Kawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit (NCD)

PENGENALAN:

Unit Kawalan Penyakit-Penyakit Tidak Berjangkit ataupun juga di kenali sebagai Non-Communicable Disease (NCD) adalah salah satu unit di bawah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Gombak. Perkhidmatan yang diberi adalah komprehensif meliputi semua lapisan masyarakat yang berumur dari 18 tahun dan ke atas melalui pelbagai fasiliti kesihatan awam.

OBJEKTIF AM

Untuk mengurangkan Kadar Penyakit (Morbidity) dan Kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan atau penyakit tidak berjangkit supaya ia tidak menyebabkan masalah kesihatan awam, seterusnya menwujudkan masyarakat sihat dan berdaya saing.

OBJEKTIF KHUSUS

• Untuk mengurangkan kejadian penyakit (Morbidity) dan kematian (Mortality) yang disebabkan oleh keadaan dan cara hidup yang tidak sihat.
• Untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dikalangan anggota kesihatan dan masyarakat umum mengenai isu-isu semasa dan faktor penyebab penyakit
• Untuk menggalakkan kerjasama dan penglibatan agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat sekeliling dalam mengawasi Penyakit Tidak Berjangkit

SKOP PERKHIDMATAN

Skop perkhidmatan terdiri dari:
• Menjalankan saringan kesihatan di dalam komuniti terutama “high risk group” (overweight,obese)
• Menjalankan pengesanan Diabetes dikalangan ibu GDM melalui ujian MGTT
• Merujuk ibu post natal DM mendapat rawatan lanjutan
• Menjalankan program alkohol di klinik dan komuniti
• Menjalankan Program Saringan Kolorektal di klinik
• Menjalankankan ujian HbA1c kepada setiap kes diabetes aktif sekurang-kurangnya dua kali setahun
• Pengawalan Glycaemic pesakit diabetes mencapai HbA1c <6.5% sekurang-kurangnya 30% dari pesakit diabetes aktif
• Menjalankan audit keatas rekod pesakit diabetes di klinik
• Memastikan semua kes layak menjalani albuminuria disaring
• Menjalankan saringan“diabetic retinopathy” kepada semua pesakit diabetes aktif atau sekurang-kurangnya 50% daripada pesakit diabetes aktif
• Menjalankan kaunseling berkumpulan oleh anggota kesihatan kepada pesakit.
• Mewujudkan ‘Peer Support Group’ dikalangan pesakit diabetes sekurang-kurangnya satu kumpulan bagi setiap daerah setiap tahun.
• Menjalankan program intervensi penurunan berat badan dilokaliti KOSPEN
• Menjalankan pengesanan kes kesihatan mental di klinik kesihatan dan setiap kes abnormal daripada saringan DASS dirujuk FMS atau Pegawai Perubatan
• Menjalankan pengesanan kes kesihatan mental di klinik kesihatan dan setiap Kes Ringan dan Sederhana daripada saringan DASS dilakukan intervensi.
• Menjalankan pengesanan kes kesihatan mental di klinik kesihatan dan setiap kes kesihatan mental yang didiagnosa di Klinik Kesihatan akan didaftarkan.

Cetak Emel