FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

Sejarah & Latar Belakang

PKD Gombak

Kewujudan Daerah Gombak bermula dengan terbentuknya Daerah Gombak / Petaling berikutan perpecahan sempadan dari Daerah Kuala Lumpur pada 1hb Januari 1975, dan dikenali dengan nama “Health Office Inland District” di Jalan Young, Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, Jalan Cenderasari sebelum kementerian tersebut berpindah ke Wilayah Persekutuan Putrajaya. Untuk memudahkan pengurusan pentadbiran, daerah Kesihatan Gombak / Petaling telah menjadi 2 kawasan pentadbiran kesihatan yang berasingan pada tahun 1985. Semenjak itu Pejabat Kesihatan Daerah Gombak telah berpindah daripada pejabat asalnya ke sebuah bangunan sewaan kedai 3 tingkat yang beralamat di No.13, Jalan SG 1/9, Taman sri Gombak. Pada 19hb Februari 2001, Pejabat Kesihtan telah mendapat Kelulusan untuk berpindah ke pejabat baru yang merupakan bangunan sewaan kedai 2 pintu, 3 tingkat untuk menampung pertambahan anggota yang memerlukan kawasan kerja yang lebih luas. Pejabat Kesihatan Daerah Gombak yang ada sekarang beralamat seperti berikut:

Pejabat Kesihatan Daerah Gombak
No.23 & 25, Jalan 2/8,
Bandar Baru Selayang
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
Daerah Gombak terbahagi kepada empat kawasan pentadbiran iaitu Mukim Rawang, Batu, Setapak dan Hulu Kelang yang ditadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Perbandran Selayang (MPS) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). MPAJ ditubuhkan pada tahun 1992 dan hanya mentadbir Mukim Hulu Kelang sahaja, disamping mentadbir kawasan lain di Daerah Hulu Langat. Majlis daerah Gombak pula di ambil alih oleh MPS yang telah ditubuhkan pada 1hb Januari 1997 dan bertanggungjawab mentadbir mukim Rawang, Mukim Batu, dan Mukim Setapak.

Kini Perkhidmatan yang diberi meliputi seluruh daerah Gombak, Selangor yang merangkumi kawasan seluas 839.1 km2 dengan jumlah penduduk seramai 230,000 orang.Terdapat sejumlah 10 Klinik Kesihatan, 4 Klinik Desa dan 6 Klinik 1 Malaysia dibawah jagaan PKD Gombak yang menyediakan pelbagai perkhidmatan penjagaan kesihatan kepada masyarakat setempat. Kemudahan farmasi dan perkhidmatan makmal perubatan turut dibangunkan di kebanyakan Klinik Kesihatan untuk menyokong keperluan perkhidmatan yang disediakan di peringkat klinik.

Cetak Emel