FB  Twitter  Youtbe  Newsfeed

  • Public Selamat Datang ke Laman Web Rasmi PKDG
  • 2017 Happy Deepavali
  • Public Aduan Denggi
  • Public Hapuskan Denggi
  • Public Rabies
  • Public Say No To Vape

Info

PENYAKIT ANJING GILA (RABIES)

Apakah Penyakit Rabies? Penyakit rabies adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan Lyssavirus dari haiwan s...

Baca lagi

FAKTA-FAKTA MENGENAI DEMAM DENGGI

  1. Apa itu demam denggi ? Demam denggi adalah disebabkan oleh virus denggi. Ia merebak melalui gigitan ny...

Baca lagi

HIDUP LEBIH MANIS TANPA GULA

Apabila pengumuman harga gula akan meningkat, kedengaran keluh kesah di sana sini. Ada yang mengeluh kerana perbelan...

Baca lagi

BAHAYA MEROKOK

Asap Rokok Mengancam Kanak-Kanak Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari pe...

Baca lagi
Papar semua

Unit Tibi Dan Kusta

OBJEKTIF UMUM

tibi

Mengurangkan transmisi Tibi di komuniti dengan meleraikan rantaian transmisi penyakit tersebut.

OBJEKTIF KHUSUS

  • Melindungi 100% di kalangan populasi yang terdedah kepada jangkitan Tibi (terutama golongan kanak-kanak) melalui imunisasi BCG primer.
  • Menukarkan sekurang-kurangnya 85% jenis Tibi berjangkit kepada jenis bukan berjangkit melalui rawatan yang berkesan dan segera (Sputum Conversion rate).
  • Memastikan 85% kadar sembuh (cure rate) di kalangan kes baru sputum positif yang dikesan.
  • Mengesan sekurang-kurangnya 70% kes sputum positif (Case Detection Rate)
  • Memastikan 100% kes sputum positif di bawah DOT (Directly Observed Treatment)

MISI

Untuk mencipta satu komuniti di daerah Gombak yang progresif dan bebas Tibi dan kusta berdasarkan kepada-kepada prinsip-prinsip kesihatan awam dan mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi.

VISI

Untuk menjadikan Gombak sebagai daerah yang mempunyai individu, keluarga dan komuniti yang sihat dengan menitikberatkan kualiti dan menghormati maruah kemanusiaan yang mana semua ini menggalakkan individu dan komuniti tersebut agar lebih prihatin dalam menuju kearah kehidupan yang lebih berkualiti.

AKTIVITI DI BAWAH PROGRAM KAWALAN TIBI / KUSTA

1.Notifikasi dan Siasatan kes Tibi

Notifikasi yang diterima dari Hospital/klinik kesihatan/klinik swasta hendaklah dilakukan segera dan PPKP daerah akan melakukan siasatan ke atas pesakit Tibi.

2.Pengesanan Kontek

Sebagai langkah kawalan, semua kontek yang berhubung dengan pesakit Tibi perlu menjalani saringan pemeriksaan untuk Tibi di Klinik Kesihatan yang berhampiran.

 3.Pemantauan Hasil Rawatan Tibi

Pemantauan lebih tertumpu kepada pesakit yang memepunyai smear positif untuk melihat pertukaran sapuan kahak dari smear positif ke smear negative (SCR). Bagi kes terhenti rawatan/gagal rawatan/cicir rawatan/mati/berulang akan diberikan lebih perhataian.

4.Program Tibi di Penjara

Mengadakan program bersama staff di penjara termasuklah program pendidikan kesihatan.

5.Lain-lain program / aktiviti

  a.Menganjurkan Sambutan Hari Tibi setiap tahun disamping menyediakan bahan-bahan pendidikan kesihatan.

  b. Menganjurkan latihan untuk semua warga kerja yang terlibat secara langsung dalam menguruskan kes Tibi di Klinik Kesihatan dan hospital.

  c.Melakukan lawatan penyeliaan di semua PR1 dan PR2 dan mana – mana agensi yang menyelia DOT untuk pesakit TB.

  d.Mengadakan kursus-kursus yang berkaitan dengan Tibi.

Cetak Emel